Mummy Baby

Mummy Baby

Monday, January 19, 2015

Apa Itu Takaful Ikhlas?

Capai Impian Anda

Bukan sesuatu yang mustahil untuk anda mencapai impian dan cita-cita. IKHLAS SAVINGS PRIME TAKAFUL merupakan pelan simpanan yang menyediakan dana simpanan yang membantu anda menyimpan secara sistematik untuk mengoptimumkan kadar pulangan pelaburan anda secara selamat .

Realisasikan impian dan capai cita-cita anda kerana anda tahu, walau apa pun terjadi, simpanan anda untuk mereka yang tersayang terjamin .


Apakah Perlindungan IKHLAS SAVINGS PRIME TAKAFUL?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama iaitu Tahap Perlindungan Bertempoh dan Akaun Pelaburan . Pelan ini memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)
(ManfaatTakaful ini dijamin oleh Dana Risiko)
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau TPD terhadap Peserta Takaful sebelum tempoh matang Sijil Takaful . Amaun Perlindungan beserta jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) , termasuk pendapatan pelaburan dari PIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko akan dibayar kepada waris Peserta Takaful, keluarga terdekat (untuk kes kematian) atau Peserta Takaful(untuk kes TPS).

Manfaat Kematian atau TPD semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa daripada perbuatan jenayah
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko)
Sekiranya berlaku kematian atau TPD terhadap Peserta Takaful disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagI mangsa tindakan jenayah, du (2) kali Amaun Perlindungan beserta jumlH terkumpul di dalam PIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, akan dibayar kepada waris Peserta Takaful, keluarga terdekat (untuk kes kematian) atau Peserta Takaful (untuk kes TPD).

Manfaat Serahan Sijil Takaful
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil Takaful diserahkan, Peserta Takaful akan menerim jumlah terkumpul di dalam PIA , termasuk pendapatan pelaburan dari PIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, setelah ditolak caj serahan seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

Manfaat Matang
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil Takaful telah mencapai tempoh matang, Peserta Takaful akan menerima jumlah terkumpul di dalam PIA , termasuk pendapatan pelaburan dari PIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada .


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di alamat email di bawah :
mini_jubah87@yahoo.com


Thursday, August 11, 2011

36 WEEK

pejam celik,pejam celik dah nak masuk 36week,,xlama je lagi...mama mmg xsbar tunggu kelahiran kamu syg..abg hariz pun & seisi keluarga kita...bahagia ku rasakan kini....kje...penat sgt2...!!!dah bulan puasa...setakat ni aku xtinggal lagi puasa...ALHAMDULILLAH...walaupun xkuat...selalu sakit2..tetap jua aku berpuasa...emmm..dgn masalah kat tempat kje...mcm2 lah...susah nak cuti untuk g periksa kandunganku ini...manager aku mmg susah...xapalah...hnya kekuatan yg ku pinta utk tempuhi minggu2 terakhir aku mgndung & minggu2 akan datang untuk berpuasa...niatku nak puasa penuh..hope bby kuar bulan syawal ye...? :)
biarlah ada HIKMAH di sebalik semua ini....

Monday, June 6, 2011

l l 26 WEEK l l

emmm..besok nak g check up utk 26week...hope xda apa2 masalh yg lain....bulan lepas g nurse tu ckp darah aku cair..bhaya dia ckp...tkut aku..balik rmh telan ubat kaw2...~~~~yg diaorg kasi tue...hrap sgt2 xda apa2 masalah lagi lepas nie...YA ALLAH SELAMATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN...SIHATKAN TUBUH BADANNYA...JADILAH DIA ANAK YANG SOLEH & SOLEH....

Wednesday, May 18, 2011

~~~KePENaTan~~~

keletihan & kepenatan..baru balik dari kampung..penat sgt2...smpai kl 1pagi...tidur kjap...5pagi dh kena bangun nak g keje...penat2...tpi sgt2 enjoy balik kmpung..bwk mak g bercuti di langkawi...4 mother day....mmg best...berjemur panas kat sana...hitam & terbakar muka...pas tu g lak jungle trakking kat gunung mat chinchang...sakit habis urut kaki...bayangkan..perut mbesar..then g pnjat gunung...xke giler...semput aku...ish2...but enjoy sgt!!!thanks 2 hubby...coz susah byk kitaorg g sana...SYG KAMU!!!

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

selamat hari ibu kepada seluruh ibu2 di dunia...JASA IBU MMG XDPT DI BAYAR DGN WANG RINGGIT....kita sebagai anak jgnlah mderhaka kan ibu ye...?em...xsabar lak balik kmpung...smbut hari ibu dgn mak...nak bwk mak g holiday....jasanya cukup besar..masa muda2 kita xphm apa itu jasa ibu...bila dh ada anak sndiri...baru tahu besarnya pengorbanan ibu nie...TERIMA KASIH MAK...SAYANG MAK!!!
tak berapa lama lagi...aku akan myambut khadiran org baru dlm hidup ni...my second baby...hope baby sihat..tubuh badan,cerdik,bijak pandai,mjadi anak yg soleh & solehah...amin...mnanti & mnanti kehadiran...xsabar rasa..hehehehe...SELAMAT HARI IBU gak pada diri sendiri...

Friday, May 14, 2010

menunggu tidak jua tiba

aku mnanti hari-hariku dengan penuh perasan..menanti dan terus mnti..mana harus ke tuju,,hnya satu,,berkat didikan mak ayah..doa pada yg ESA..aku tahu mana jlnku...

Thursday, April 22, 2010

pergorbanan mak ayah

sekian lama,baru kini aku sedar,betapa susah ayah dan mak nak mendidik aku sampai besar.selagi kita belum mendirikan rumahtangga,kita takkan tahu betapa teruknya membesarkan anak,kalau anak kita nie ok xpelah..tapi anak yang memang kuat ragamnya..aku sebagai mama,aku sabar juga dengan peragai anak aku ni.ikut hati memang geram sangat.tapi allah nak uji kit,sabar tak kita sebagai hambaNYa..subahanallah...menguji keimanan,,baru kini aku sedar..aku iringin hidup aku seharian dengan doa-doa dan zikirullah..moga allah melindungi anak dan suamiku..keluargaku,,mak dan ayah aku...emmmmm..takut rasa,tiap-tiap dengar macam-macam terjadi..pada anak-anak kecil..doakan moga takkan ada lagi perkara membunuh anak-anak kecil lagi..kesian aku tengok..mereka tak bersalah..yang bersalah..mnusia!!!ayah n ibu mereka..yang hanya untuk berseronok..dah mengandung buang anak,,apa salah bayi tue,..?